Akta 355 'batu loncatan' laksana hudud, dakwa panel forum MCA
Beberapa ahli panel di forum anjuran MCA mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) mendakwa bahawa undang-undang adalah batu loncatan ke arah memperkenalkan undang-undang hudud.
Ini walaupun pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah berulang kali disesuaikan sejak ia mula diperkenalkan, dan penyokongnya mendakwa bahawa tujuannya adalah untuk mengukuhkan mahkamah syariah dan bukannya mempunyai apa-apa kaitan dengan hudud.
Salah seorang ahli panel, Ketua Pemuda MCA Putrajaya Kevin Koo, menyifatkan versi semasa pindaan itu sebagai satu kompromi yang akan membolehkan Hadi untuk mengambil 'satu langkah ke belakang, dua langkah ke hadapan' dalam memperkenalkan undang-undang hudud.
Akta 355 mengenakan had ke atas hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah. Had semasa adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Rang undang-undang (RUU) persendirian Hadi itu bertujuan untuk meningkatkan had itu kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan. RUU itu tersenarai di tempat ketujuh dalam kertas aturan Parlimen bagi persidangan sekarang, yang akan berakhir pada 6 April.
Versi RUU itu diperkenalkan pada November tahun lepas. Versi awal pada 7 April 2015 mahu memansuhkan semua had, dan pada 17 Jun 2015 versi lain telah diperkenalkan yang membolehkan mahkamah syariah untuk mengenakan apa-apa hukuman kecuali hukuman mati.
Koo, seorang peguam, mencadangkan bahawa had statutori Akta 355 seharusnya berada di dalam Perlembagaan Persekutuan, yang hanya boleh dipinda dengan sokongan majoriti dua pertiga ahli parlimen, dan bukannya dalam bentuk semasa sebagai akta parlimen yang boleh dipinda dengan majoriti mudah.
Ia juga akan memberikan undang-undang itu kedudukan yang sama dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas beliau.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Moeis Basri berhujah bahawa hanya kerana had ke atas hukuman ditambah, itu tidak bermakna ia akan diguna pakai oleh badan perundangan semua negeri.
Mahkamah syariah akan mempunyai budi bicara untuk menentukan hukuman sebenar yang akan dikenakan, dan jarang hukuman maksimum dikenakan.
Beliau berkata RUU pindaan Akta 355 hanyalah satu 'cadangan mudah' untuk meningkatkan bidangkuasa Mahkamah Syariah tetapi telah mendapat perhatian yang tidak sepatutnya.
Di samping itu, Akta 355 kali terakhir dipinda pada tahun 1984. Mahkamah sivil boleh mengenakan denda sehingga RM5,000, tetapi had telah dinaikkan kepada RM100,000.
Mungkin, katanya, keadaan ekonomi itu pada masa itu berbeza dengan sekarang.
Katanya, (pada masa ini), jumlah RM5,000 membuat orang cenderung untuk mempersendakan Mahkamah Syariah, dan "itu tidak apa, kita boleh sabitkan sebarang kesalahan syariah kerana maksimumnya hanyalah RM5,000 sahaja.
Oleh itu, tambahnya, undang-undang itu tidak dirasai dan tidak memenuhi tujuan kewujudan undang-undang itu sendiri.
Beliau juga memberi jaminan bahawa orang bukan Islam tidak perlu takut kerana Perlembagaan Persekutuan melindungi mereka daripada undang-undang syariah, manakala umat Islam juga tidak perlu takut jika mereka tidak melakukan sebarang jenayah.
Bagaimanapun, Naib Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism Malaysia (MCCBCHST), Sardar Jagir Singh tidak tidak begitu yakin dengannya.
Sambil menyifatkannya umpama satu cerun yang sangat licin, Sardar berkata, beliau bersetuju bahawa "niat itu baik, tetapi anda tidak akan berada di sana untuk melaksanakannya".
"Jika undang-undang membenarkan, ia akan digunakan."
Menyangkal dakwaan bahawa RUU Hadi adalah hanyalah untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah dan tidak ada kena mengena dengan hudud, Sardar berkata jika cadangan pindaan itu menjadi undang-undang, maka tiga hukuman hudud dalam buku perundangan Kelantan, akan berkuatkuasa.
"Anda hanya boleh mengatakan bahawa (ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan hudud) jika tiada kesalahan baru yang dibawa masuk, tetapi seperti yang saya baru bacakan kepada kamu, tiga kesalahan hudud itu dibawa masuk.
"Anda telah menaikkan had itu untuk mewujudkan kesalahan baru, dan kesalahan itu adalah kesalahan hudud, jadi bagaimana anda boleh mengatakan ia bukan satu rang undang-undang hudud?"

