Anak Jong-nam mungkin sasaran seterusnya, kata bekas duta
Seorang bekas diplomat Korea Utara telah memberi amaran bahawa Kim Han-sol yang berusia 22 tahun mungkin menjadi sasaran bunuh seterusnya selepas pembunuhan bapanya Kim Joang-nam di KLIA2 pada 13 Februari lalu.
Agensi berita Korea Selatan Yonhap, memetik laporan berita Jepun, yang memetik Thae Yong-ho, yang juga bekas menteri di kedutaan Korea Utara London, sebagai berkata Han-sol boleh menjadi penghalang kepada usaha bapa saudaranya memegang kuasa.
"Di sebalik semua itu, ada keinginan Kim Jong-un untuk mengukuhkan legitimasinya sebagai pemimpin," Thae dilaporkan memberitahu wartawan Jepun di Seoul pada hari Rabu.
Beliau berkata, Jong-nam telah menjadi "halangan terbesar" kepada Jong-un untuk terus berkuasa untuk jangka panjang di Korea Utara, yang menurut Thae, telah "banyak dipengaruhi budaya Confucian".
"Penerimaan Kim Jong-nam diwawancara media asing, meningkatkan lagi kemungkinan kehadirannya diketahui di dalam Korea Utara, yang membebankan Kim Jong-un," katanya.
Walaupun Jong-nam telah mati, namun anaknya, Han Sol, juga boleh menjadi masalah bagi Jong-un, bekas diplomat itu dipetik sebagai berkata.
Menurut laporan Yonhap itu, Thae mendakwa Han-sol adalah "seorang yang tidak boleh diterima dari perspektif Kim Jong-un".
Beliau memberi amaran: "Sama-samalah tengok nanti tentang kemungkinan bagaimana survivalnya."
Amaran Thae itu dibuat selepas pengumuman video yang menunjukkan seorang lelaki yang mengaku sebagai Han-sol. Klip 40 saat itu telah dihantar kepada Channel NewsAsia oleh kumpulan yang menamakan dirinya sebagai Cheollima Civil Defense.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.