Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang penghantar surat berusia 20 tahun dari sebuah firma undang-undang, tiba-tiba mendapati dirinya menjadi perhatian di media sosial.

Semuanya bermula apabila Muhammad Khairul Khazali memutuskan untuk membantu seorang gelandangan menggunting rambut dan membayarkan kos bagi perkhidmatan itu.

Khairul berkongsikan pengalamannya di Facebook tetapi tidak menyangka ia akan menjadi viral.

Postingnya dikongsi lebih 16,000 pengguna Facebook sejak ia dimuat naik 6 Mac lalu.

Ketika dihubungi, Khairil berkata beliau melihat lelaki itu yang dikenali sebagai Ashuk selama dua tahun, tetapi hanya mula bercakap dengannya baru-baru ini.

"Orang ramai memandang dengan pelik bila saya bercakap atau berjalan dengannya," kata Khairul.

Khairul berkata Ashuk pada mulanya menolak tawaran beliau untuk memotong rambut, tetapi akhirnya bersetuju selepas beberapa kali dipujuk.

"Saya tak pernah bayangkan gambar itu akan jadi viral. Ramai orang hubungi saya dan mereka menawarkan pekerjaan kepadanya," kata Khairul.

Beliau berkata Ashuk akan tinggal bersama rakannya dan akan mendapat pekerjaan baru.

Khairul berkata, dalam perbualan dengan Ashuk, beliau mengetahui Ashuk pernah menjadi seorang jurutera di Singapura sebelum datang ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Khairul enggan mendedahkan lebih lanjut dan meminta privasi Ashuk dihormati.

Tambahnya Ashuk tidak tahu bahawa dia kini menjadi terkenal di media sosial.

"Saya tak mahu dia tahu, biarkan dia dengan hidupnya, ia seperti memberi nafas baru untuknya," kata Khairul.

Tambahnya, Ashuk mendorong beliau untuk melakukan lebih banyak kebaikan pada masa akan datang.

Lihat Komen
ADS