Peruntukan penyelenggaraan SJKC diturunkan secara berperingkat
Diterbitkan: Mar 13, 2017 12:41 PM | Dikemas kini: Mar 13, 2017 2:01 PM
Kementerian Pendidikan telah menurunkan peruntukan penyelenggaraan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJCK) secara berperingkat mulai 26 Februari lalu.
Jumlah peruntukan bawah kategori sekolah bantuan kerajaan pada tahun ini pula sebanyak RM50 juta, menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di parlimen bagi menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai).
Teo mahu tahu jumlah peruntukan dan jumlah yang telah disampaikan pada tahun 2016 dan 2017.

