Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hanya 4 rakyat Korea Utara diterima bawah program MM2H'

Hanya empat rakyat Korea Utara diterima di bawah program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), kata Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata Kementerian menerima bertaus-ratus permohonan daripada warga Korea Utara untuk menyertai program tersebut tetapi prosedur tidak secara automatik memberi akses kepada mereka.

"Kita hanya meluluskan permohonan empat rakyat Korea Utara sementara selebihnya (permohonan MM2H dari Korea Utara) ditolak," kata beliau semasa mengulas mengenai bilangan rakyat Korea Utara yang diterima menyertai program itu ketika ditanya oleh pemberita di lobi parlimen hari ini.

Nazri berkata keepat-empat warga Korea Utara diterima di bawah program tersebut pada 2013 dan 2014.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata di Tawau semalam bahawa cuma 315 warga Korea Utara masih berada di Malaysia termasuk mereka di bawah program MM2H, pelajar dan mereka yang berada di negara ini kerana bekerja.

Program MM2H dipromosikan oleh kerajaan untuk membenarkan rakyat asing yang memenuhi kriteria tertentu untuk menetap di Malaysia untuk jangka panjang menggunakan pas lawatan sosial kemasukan pelbagai.

Pas Lawatan Sosial tersebut pada mulanya adalah untuk tempoh 10 tahun, dan boleh diperbaharui.

Program tersebut terbuka kepada rakyat semua negara yang diiktiraf oleh Malaysia tanpa mengira kaum, agama, jantina atau umur dan pemohon dibenarkan membawa pasangan dan anak yang belum berkahwin di bawah umur 21 sebagai tanggungan.

Sementara itu, Nazri mengesahkan bahawa debat beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan diadakan di Padang Rengas, Perak pada 25 Mac.

"Saya tidak menetapkan apa-apa syarat, Saya menerima segala-galanya...dia (Dr Mahathir) yang minta, bukan saya yang minta (debat diadakan) di Padang Rengas.

"Jadi saya menawarkan sebuah dewan dan jika semuanya berjalan lancar, ia akan diadakan pukul 3 petang pada 25 Mac. Saya akan berada di sana, Dewan Millenium, Padang Rengas," katanya sambil berkata debat itu ialah mengenai pelbagai isu. -Bernama

Lihat Komen
ADS