Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Teresa: Melayu masuk Seputeh mesti suka saya
Diterbitkan:  Mar 14, 2017 5:55 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

PARLIMEN l Ahli parlimen Pembangkang Teresa Kok (DAP-Seputeh) berkata, beliau tidak bimbang dengan kehadiran lebih ramai orang Melayu di kawasan beliau, kerana mereka akan menyukainya seperti kelab penyokong ahli parlimen BN.

“Saya tak bimbang Melayu masuk Seputeh, Melayu yang masuk Seputeh mesti suka pada saya.

“Sama macam back bencher (majlis ahli parlimen BN) di sini walapun pun suka gaduh dengan saya tapi saya tahu mereka sayang saya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, sambil menctuskan gelak ketawa daripada wakil rakyat yang hadir.

Kok mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang pada Ahad lalu dilaporkan berkata bahawa ahli parlimen DAP itu menentang pembangunan di kawasan itu, kerana takut kemasukan orang Melayu.

Ini berikutan bantahan beliau bersama penduduk Seputeh, terhadap penjualan sebuah pusat komuniti untuk memberi laluan kepada projek perumahan mampu milik.

Kok berkata, kenyataan Tengku Adnan itu menunjukkan beliau adalah "rasis."

Tambahnya, beliau tidak menentang pembangunan, tetapi perancangan yang betul mesti dibuat supaya tidak menambah kesesakan antara lain.

“Di Putrajaya banyak tempat, dia (Tengku Adnan) boleh buat suka hati dia.

“Kenapa dia tak minta pemaju yang nak buat bangunan tinggi buat di Putrajaya, buat di tepi kediaman perdana menteri,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau membidas mereka yang menuduh beliau menyalahgunakan dana daripada skim Skim Mesra Usia Emas.

"Saya tidak pernah menyalahgunakan apa-apa wang. Membuat tuduhan palsu adalah satu dosa, dan (mereka itu) akan masuk neraka," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS