Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Raja Saudi belanja hampir RM100 juta di Bali
Diterbitkan:  Mar 16, 2017 1:34 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

GLOBAL Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al Saud dianggar membelanjakan AS$22 juta dalam percutian lapan harinya ke Bali, Indonesia.

Ini setelah Penjaga Dua Tanah Suci itu dikatakan membawa 1,500 orang rombongan, melibatkan 25 orang putera dan 14 menterinya.

Rombongan itu telah menempah lima hotel dan resort mewah di pelbagai kawasan di pulau pelancongan itu, lapor Jakarta Globe.

Percutian itu juga ditambah lagi tiga hari.

Pihak berkuasa bali berkata rombongan diraja itu meninggalkan Bali dengan membawa 16.6 tan beg, termasuk 6 tan yang dibeli di situ.

“Kami anggarkan sebanyak Rp300 bilion (RM98 juta) wang dibelanjakan semasa percutian mereka,” kata ketua Agensi Pelancongan Bali Anak Agung Gede Yuniartha, Isnin lalu.

Rombongan Raja Salman juga dilaporkan menyewa kereta mewah, melancong ke tempat-tempat tumpuan dan membeli-belah.

“Kita lihat kesan ekonomi yang positif daripada lawatan raja ini. Dia beli banyak kraftangan tradisional Bali,” kata Yuniartha.

Lihat Komen
ADS