Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
MCA: Cadangan merotan PAS akan galakkan pembuangan bayi
Diterbitkan:  Mar 16, 2017 8:52 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun membidas kenyataan seorang ahli parlimen PAS yang mencadangkan sebatan rotan sebagai hukuman kehamilan di luar nikah.

Chew berkata cadangan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dari PAS itu hanya akan menggalakkan pembuangan bayi.

"Hukuman berat seperti ini tidak akan menghalang kehamilan di luar nikah.

"Sebaliknya, ia akan mendorong pembuangan bayi kerana kebanyakan ibu yang tidak berkahwin akan menggunakan cara ini untuk mengelak daripada ditangkap dan dihukum.

"Mendidik remaja untuk menghindarkan seks sebelum perkahwinan adalah langkah pencegahan yang lebih baik untuk membendung kehamilan yang tidak dirancang itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Mazian mencadangkan hukuman berkenaan dimasukkan sebagai sebahagian daripada cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum Mahkamah Syariah dari penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan kepada penjara selama 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Nik Mazian dilaporkan berkata, hukuman keras itu adalah bertujuan untuk "melindungi bayi yang tidak berdosa" daripada dilahirkan luar nikah.

Walau bagaimanapun, Chew berkata cadangan PAS itu akan mempunyai kesan sebaliknya, dengan kanak-kanak berkenaan membesar dengan stigma sebagai anak "luar nikah".

Beliau berkata bahawa bapa juga harus berkongsi tanggungjawab itu.

"Adalah tidak realistik untuk PAS mencadangkan hukuman yang lebih keras.

"Lebih baik memberi cadangan penyelesaian yang lebih berperikemanusiaan untuk menangani isu pembuangan bayi," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS