Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peniaga pasar Pulau Pinang berdemo bantah penempatan semula

Kira-kira 30 peniaga di luar pasar Chowrasta mengadakan bantahan berhubung cadangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mahu memindahkan gerai mereka di Jalan Kuala Kangsar ke lot berdekatan yang lain.

Wakil peniaga, Lai Kong Hui (kanan) berkata, mereka kecewa kerana keputusan itu akan menyebabkan Pasar Jalan Kuala Kangsar yang berusia lebih 100 tahun dan dikategorikan sebagai pasar warisan ‘hilang’.

"Tidak patut alih gerai kami ke tapak lain sedangkan kami telah berada di sini selama beberapa dekad.

"MBPP seharusnya membiarkan kami berniaga seperti biasa di Jalan Kuala Kangsar.

“Kami diarahkan berpindah di hadapan Pasar Chowrasta tetapi mereka tidak mempunyai perancangan apabila menyediakan petak niaga yang sangat kecil,” katanya.

Lai sebaliknya, mencadangkan kepada MBPP untuk membenarkan hanya sebaris gerai beroperasi supaya orang ramai tidak perlu berjalan melalui ruang yang sempit ketika mengunjungi pasar itu.

“Kami tidak akan berganjak,” kata Lai yang menjual makanan laut.

Terdapat sejumlah 70 gerai di Jalan Kuala Kangsar manakala 17 kedai berada di sepanjang tapak baru itu.

Seorang lagi peniaga Bakar Nordin (kanan), mengeluh bahawa majlis tempatan gagal memahami kebimbangan mereka tetapi tetap memaksa mereka berpindah ke tapak baru.

"Mereka tidak sensitif terhadap nasib kami, membuatkan kita sedih," katanya.

Bantahan berkenaan turut disertai sekumpulan peniaga dari Pasar Chowrasta yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri membuka lot niaga baharu di depan kedai mereka.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS