Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Polisi agama ketat, tapi HIV paling tinggi di Kelantan'
Diterbitkan:  Mar 17, 2017 12:08 PM
Dikemaskini: 4:14 AM

Kerajaan Kelantan yang diterajui PAS gagal menangani masalah sosial di negeri itu walaupun melaksanakan polisi agama agama yang ketat, kata MCA Kelantan.

"Kelantan boleh menjadi kajian kes yang sempurna untuk menangkis tanggapan bahawa aktiviti tidak bermoral boleh dibendung dengan hanya mengawal hiburan.

"Kita tidak ada pawagam di sini.

"Pihak berkuasa kesihatan mengakui kewujudan amalan seks bebas di negeri ini berdasarkan kajian ke atas kes-kes HIV," kata Timbalan Ketua MCA Kelantan Tan Ken Ten dipetik oleh The Star.

Menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu, Tan berkata kes-kes HIV yang berlaku juga disebabkan pergaulan bebas dan aktiviti homoseksual.

Tan berkata demikian mengulas dakwaan anggota parlimen PAS, Nasrudin Hassan di parlimen bahawa pakaian seksi, konsert dan muzik provokatif adalah punca utama perbuatan tidak bermoral di negara ini.

Pemimpin MCA negeri itu juga menyangkal pendirian moral Nasrudin dengan mendakwa masalah sosial dan kes rogol semakin meningkat di Kelantan.

The Star turut memetik kes HIV positif di Kelantan dari 2001 hingga 2016 dan seramai 2,255 rakyat Kelantan meninggal dunia disebabkan AIDS pada tempoh yang sama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS