Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH bidas alasan SPR tolak pendaftaran automatik
Diterbitkan:  Mar 17, 2017 6:42 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH menyelar apa yang digambarkan sebagai "melucukan” alasan yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik.

"Kenyataan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah adalah alasan melucukan daripada SPR untuk tidak melaksanakan pendaftaran pengundi automatik yang termasuk, jumlah keluar mengundi akan menjadi lebih rendah, sistem yang tidak dikemaskini, menjejaskan proses bantahan pengundi, dan isu pengundi tidak menghuni di alamat mereka seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan," kata BERSIH dalam satu kenyataan hari ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH mengulas kenyataan Mohd Hashim semalam bahawa suruhanjaya itu belum bersedia untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik kerana tidak mahu dipersalahkan sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung pembaharuan berkenaan.

BERSIH berkata alasan yang diberikan itu adalah memalukan kerana menangani perkara tersebut  adalah sebahagian daripada tanggungjawab SPR.

"Jika SPR menangguhkannya kerana takut kesannya, maka tiada apa yang akan berubah.

"Jika Mohd Hashim mahu diberi perhatian serius, maka beliau perlu menjelaskan kepada orang ramai kesukaran proses pendaftaran pengundi automatik, dan bukannya bersembunyi di sebalik jawapan kabur dalam mengelakkan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS