Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Buat aduan kepada SKMM jika ada caj tersembunyi
Diterbitkan:  Mar 20, 2017 6:33 AM
Dikemaskini: Mar 20, 2017 3:38 AM

Pengguna digesa membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika dikenakan caj tersembunyi oleh syarikat telekomunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM mempunyai Biro Aduan Pengguna untuk pengguna berbuat demikian.

Jika aduan mereka tidak dilayan oleh syarikat telekomunikasi berkenaan, pengguna boleh membuat aduan kepada MCMC yang akan mengambil tindakan kepada syarikat terbabit jika gagal membuat penyelesaian, katanya semalam.

Pada masa sama beliau turut meminta syarikat telekomunikasi menyemak semula dokumen perjanjian yang disediakan bagi memastikan pengguna memahami terma-terma dalam kontrak sebelum menandatanganinya.

"Kadangkala perjanjian yang disediakan menggunakan huruf yang terlampau kecil dan ini menyebabkan pengguna malas nak membacanya," kata Jailani.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS