Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ditangkap kerana persenda PM, Rosmah 'Beauty & the Beast'
Diterbitkan:  Mar 20, 2017 2:54 PM
Dikemaskini: 2:07 PM

Polis menangkap bekas pemimpin DAP Hew Kuan Yew susulan tulisan di Facebook yang mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Beberapa pengguna maya dipercayai membuat laporan polis terhadap tulisan itu, yang membandingkan filem baru Disney Beauty and the Beast dengan Najib dan Rosmah.

Hew atau lebih dikenali sebagai 'Superman' ditangkap di Pulau Pinang pagi ini dan difahamkan beliau dibawa ke Johor untuk siasatan lanjut.

Peguamnya RSN Rayer yang menemaninya di balai polis Timur Laut, Pulau Pinang, memberitahu pemberita bahawa polis tidak memberitahunya maklumat lanjut berkaitan penangkapan itu.

“Mereka tidak sebut undang-undang mana didakwa dilaanggar atau tulisan Facebook mana yang dirujuk mereka,” katanya.

Seorang pengguna Internet Aaron Nah sebelum ini menggesa orang ramai membuat laporan polis terhadap Hew selepas mendakwa ahli politik itu “menghina” perempuan dan pemimpin negara.

Terdapat dakwaan Nah seorang anggota MCA tetapi beliau ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengesah atau menafikan perkara itu.

Hew pernah dilanda kontroversi dalam pilihan raya negeri Sarawak apabila memberitahu pengundi Cina supaya memilih calon DAP Abdul Aziz Isa supaya beliau boleh “screw Melayu”.

Hew menafikan kenyataan itu bersifat perkauman. Katanya jika betul, beliau tidak akan menyuruh orang Sarawak mengundi calon Melayu.

Hew bagaimanapun meninggalkan DAP selepas dikritik kerana menulis berkaitan pemilikan China di Laut China Selatan di Facebooknya.

Hew digelar Superman kerana sering berceramah dengan memakai baju adiwira itu.

Bagaimanapun, ketika ditangkap, beliau memakai baju Batman.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS