Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Superman' direman empat hari, sedang mogok lapar
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 11:24 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Bekas anggota DAP Hew Kuan Yau ditahan reman selama empat hari susulan tulisan di Facebook yang mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Peguamnya, Chan Kheng Fai berkata Hew dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada jam 4:30 pagi tadi, selepas ditahan di Pulau Pinang semalam.

Menurutnya, majistret di Kulai membenarkan permohonan reman selama empat yang akan berakhir pada Jumaat ini.

"Beliau (Hew) berkata dirinya telah memulakan mogok lapar sejak semalam," kata Chan kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam itu juga mengesahkan bahawa Hew disiasat berhubung tulisan di Facebook beliau, yang membandingkan filem baru Disney Beauty and the Beast dengan Najib dan Rosmah.

Hew pernah dilanda kontroversi dalam pilihan raya negeri Sarawak apabila memberitahu pengundi Cina supaya memilih calon DAP Abdul Aziz Isa supaya beliau boleh “screw Melayu”.

Hew menafikan kenyataan itu bersifat perkauman. Katanya jika betul, beliau tidak akan menyuruh orang Sarawak mengundi calon Melayu.

Hew bagaimanapun meninggalkan DAP selepas dikritik kerana menulis berkaitan pemilikan China di Laut China Selatan di Facebooknya.

Hew digelar Superman kerana sering berceramah dengan memakai baju adiwira itu.

Bagaimanapun, ketika ditangkap, semalam, beliau memakai baju Batman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS