Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parti Ezam juga mahu sertai Pakatan Harapan
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 6:58 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Pakatan Harapan akan menerima satu lagi permohonan keahlian sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan parti yang sedang dibentuk oleh bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas senator Datuk Ezam Mohd Nor.

Setelah kelulusan ROS, Khairuddin berkata langkah pertama adalah menganggotai Pakatan Harapan untuk menarik sokongan belia menyertai pakatan pembangkang.

"Insya-Allah, dengan izin Allah sekiranya parti baru kami diluluskan pendaftaran oleh ROS maka perkara pertama yang Ezam serta saya lakukan adalah untuk memohon menjadi rakan 'coalition' dalam Pakatan Harapan,” katanya yang dipeik akhbar Sinar Harian.

Khairuddin berkata beliau gembira melihat apa yang berlaku dalam pembangkang hari ini yang selaras dengan kehendak Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan penyatuan antara seluruh barisan pembangkang.

"Ini merupakan berita yang amat menggembirakan saya. Ini yang sepatutnya dilakukan dari awal lagi.

“Kita harus perkemas serta perkuatkan kedudukan rumahtangga sendiri di samping terus berusaha berunding dengan PAS," katanya lagi.

Semalam, Majlis Presiden Harapan menerima BERSATU sebagai anggotanya dan bersetuju untuk mendaftarkan gabungan pembangkang itu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS