Lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan polis kes pembunuhan Kim Jong-nam dirakam sibuk bermain snuker di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

Asahi TV pada Isnin menyiarkan video menunjukkan lelaki mirip Kim Uk-il sibuk bermain permainan itu bersama beberapa lagi individu di tingkat dua bangunan kedutaan di Jalan Batai, Bukit Damansara.

Uk-il, 37, kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara Air Koryo dikehendaki polis bagi membantu kes pembunuhan abang pemimpin negara itu Jong-un.