Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP dedahkan dokumen dakwaan 'salah guna kuasa' Rahman Dahlan

Dua pemimpin akar umbi DAP hari ini mendedahkan dokumen-dokumen yang menyokong dakwaan mereka mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan semasa menjadi menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan.

Satees Muniandy dan David Marshall, pada sidang akhbar di Pulau Pinang pagi ini memberitahu, beberapa pegawai dari Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah menyoal mereka berhubung perkara itu pada Isnin yang lalu.

"Oleh kerana para pegawai masih bertanya sama ada kami mempunyai bukti, kami akan sediakan dokumen-dokumen berkenaan," kata Sates yang juga setiausaha bahagian DAP Batu Kawan.

Kedua-dua mereka mendedahkan beberapa dokumen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menyokong dakwaan berkenaan.

Dokumen-dokumen berkenaan termasuk surat bertarikh 20 Oktober 2014 daripada syarikat pemaju BHL Construction Sdn Bhd kepada Unit Pelesenan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meminta lanjutan masa (EOT) bagi projek Palace Court di Cheras, Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka menunjukkan kepada media surat bertarikh 24 Oktober 2014 yang ditandatangani oleh Mohamad Yusoff Ghazali dari Bahagian Kawalan Perumahan kementerian itu yang menolak permintaan BHL untuk EOT.

Mereka turut berkongsi surat bertarikh 28 Oktober 2014 daripada Faridah Begum KA Abdul Kader kepada Abdul Rahman yang ketika itu merupakan menteri berkaitan yang memohon EOT tersebut.

Menurut surat itu, Faridah mendakwa dirinya sebagai pengarah BHL.

Bagaimanapun, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sebelum ini berkata dalam kenyataan di blognya, Faridah yang merupakan isteri kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa bukan pengarah syarikat itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS