Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tinjauan: Ramai tak jelas tapi sebenarnya sokong liberal
Diterbitkan:  Mar 24, 2017 4:09 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

Lebih separuh daripada rakyat Malaysia tidak tahu menahu berkaitan liberalisme tetapi menerima idea-idea liberal, menurut tinjauan Merdeka Centre.

Dijalankan bagi pihak Pusat Hak Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), tinjauan itu mendapati 55 peratus daripada 1,200 responden tidak pasti maksud sebenar liberalisme.

Hampir 78 peratus, termasuk 81 peratus rakyat Malaysia, 67 peratus Cina dan 53 peratus India, tidak pasti, tidak faham sama sekali atau hanya mengetahui sedikit sahaja berkaitan liberalisme.

Bagaimanapun, ditanya berkaitan idea-idea liberal, mereka memberikan jawapan positif.

Dalam kategori liberalisme politik, responden percaya terhadap pilihan raya yang adil dan bersih (84 peratus), kebebasan bersuara dan kebebasan media (77 peratus); dan semua orang sama di sisi undang-undang (91 peratus).

Mata ini lebih rendah untuk kategori liberalisme sosial. Sebanyak 65 peratus percaya setiap orang berhak hidup mengikut cara masing-masing, 65 peratus percaya tidak harus memaksa kepercayaan mereka kepada orang lain dan 84 peratus percaya kebebasan patut dibataskan apabila kebebasan mereka dilangar atau disakiti secara fizikal.

Penurunan sokongan terhadap idea-idea liberal sosial itu dilihat disebabkan faktor responden Melayu yang kurang terbuka dalam isu itu.

Ditanya sama ada setiap orang bebas hidup dengan cara sendiri, sebagai contoh dalam hal agama, seksualiti dan berpakaian, seramai 57 peratus responden Melayu tidak bersetuju.

Dalam isu memaksa kepercayaan terhadap orang lain dan penghormatan kepada pihak mempunyai pandangan dan orientasi seksual berbeza, seramai 50 peratus rakyat Malaysia tidak bersetuju.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS