Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
ADUN Tungku meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 24, 2017 5:50 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku , Datuk Mohd Suhaili Said meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Ampang Kuala Lumpur, hari ini.

Allahyarham yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Datin Dayang Sofia Datu Jamiuddin bersama anak-anaknya kira-kira pukul 3.10 petang ini, demikian menurut laporan Utusan Online.

Menurut adik allahyarham, Muhamad Ghazali Said, dia secara peribadi belum mendapat pengesahan hospital mengenai kematian abang tersayang, bagaimanapun, arwah mempunyai penyakit hati dan sering mendapatkan rawatan susulan.

Difahamkan, allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut tiga hari lalu ketika menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda di Kuala Lumpur.

"Ahli keluarga cuba mendapatkan penerbangan terakhir dari Kuala Lumpur ke Tawau malam ini seterusnya membawa jenazah ke Tungku, Lahad Datu.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Remang, Tungku, Lahad Datu di sini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Lihat Komen
ADS