Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada akan hilang kerja, jamin Aziz Kaprawi
Diterbitkan:  Mar 27, 2017 2:28 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Kementerian Pengangkutan hari ini memberi jaminan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bakal terlibat dengan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) tidak akan kehilangan pekerjaan.

Timbalan menterinya Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata sebaliknya mereka akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.

"Saya jamin gaji, faedah, dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini tidak akan hilang mahupun berkurangan," katanya dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen.

RNAA adalah satu perjanjian antara Perbadanan Aset Kereta Api (RAC), yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan, dengan KTMB.

Perjanjian RNAA adalah sejajar dengan klausa 89 Akta Keretapi 1991 untuk mengasingkan antara pengendali perkhidmatan keretapi yang mana diuruskan KTMB, dan pemilikan, pengurusan dan penyelenggaraan segala aset kereta api bakal diuruskan RAC.

- Bernama

Lihat Komen
ADS