Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Johari: Inflasi akan lega bila harga petrol turun

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani menjangkakan kadar inflasi Malaysia, yang meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun pada bulan Februari lalu, besar kemungkinan akan berkurangan berikutan penurunan harga petrol.

Harga petrol adalah penyumbang utama kepada inflasi kali ini, seperti kata Bank Negara Malaysia, kata Johari kepada wartawan ketika ditemui pada sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Reuters melaporkan bahawa kadar inflasi tahunan negara meningkat kepada 4.5 peratus pada Februari lalu. Angka itu adalah yang tertinggi sejak November 2008, apabila ia mencecah 5.7 peratus.

"Sebab utama adalah kos petrol. Jika kamu bandingkan Februari (2017) dengan bulan sama tahun lalu, harga (runcit) bagi RON95 adalah RM1.75 seliter ketika itu dan RM2.30 seliter sekarang," katanya.

"Dalam bakul wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP), kos pengangkutan mewakili hampir 13 hingga 14 peratus. Jika kamu keluarkan ini, teras inflasi tetap sama," kata Johari.

Harga petrol dan komoditi lain adalah di luar kawalan kerajaan, katanya.

"Kini, dengan harga minyak turun, saya rasa kamu akan lihat bahawa angka (kadar inflasi) melakukan beberapa pelarasan dari masa ke masa. Ini akan melegakan inflasi," katanya.

Harga runcit bagi RON 95 naik 20 sen pada Januari kepada RM2.30 pada bulan Februari dan kekal sama pada bulan Mac.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS