Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Peruntukan tambahan SPR bukan untuk persempadanan semula'

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani mengesahkan peruntukan tambahan yang diminta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan untuk tujuan proses persempadanan semula.

"Peruntukan tambahan sebanyak RM62.78 juta tidak akan digunakan untuk proses persempadanan semula dan digunakan untuk menganjurkan tiga pilihan raya," kata Johari sebagai menjawab pertanyaan Dr Mohd Hatta Ramli (AMANAH-Kuala Krai) mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perbekalan Tambahan 2016 (Bill) 2017 peringkat dasar di Parlimen hari ini.

Johari menjelaskan RM60 juta telah digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak manakala RM1.28 juta dan RM1.49 juta telah dibelanjakan di pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Menunjukkan bagaimana RM79 juta telah dibelanjakan pada pilihan raya negeri Sarawak 2011 dan RM85.4 juta dibelanjakan untuk pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas menunjukkan peningkatan 7.5 peratus dalam perbelanjaan, katanya.

Kerajaan Persekutuan memohon peruntukan tambahan RM3.081 bilion untuk Bajet 2016, dengan RM2.25 bilion yang akan disalurkan kepada dana berkanun.

Ini adalah rang undang-undang pembekalan tambahan yang pertama dicadangkan oleh kerajaan sejak pelarasan semula bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Januari 2016.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS