Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib bertemu Hollande, meterai perjanjian dua hala

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dengan Presiden Perancis Francois Hollande di pusat pentadbiran Malaysia di Putrajaya hari ini bersempena lawatan negara dua hari
Hollande ke negara ini.

Ketibaan Hollande di bangunan Perdana Putra disambut oleh Najib sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan tertutup yang disusuli mesyuarat delegasi.

Najib dan Hollande turut dijadual menyaksikan pemeteraian perjanjian dua hala dan memorandum persefahaman dalam bidang pertahanan dan pertanian, bertujuan meningkatkan lagi kerjasama serta merangsang kolaborasi ekonomi antara Malaysia dan Perancis.

Lawatan negara oleh Hollande yang tiba di negara ini semalam, merupakan sebahagian daripada lawatan pertama beliau ke ASEAN yang turut merangkumi Singapura dan Indonesia.

Ini merupakan lawatan negara kedua oleh presiden Perancis ke Malaysia. Kali pertama oleh Presiden Jacques Chirac pada Julai 2003.

Tahun lepas, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Perancis meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun kepada RM15.23 bilion dan Perancis merupakan rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah. -Bernama

Lihat Komen
ADS