Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat Jong-nam masih di KL, kata Subramaniam

Mayat Kim Jong-nam, yang dibunuh di Malaysia bulan lalu masih berada di Kuala Lumpur, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Ini berikutan terdapat laporan bahawa mayat abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un itu telah dibawa meninggalkan negara ini.

Beliau berkata waris tidak tampil untuk memberi sebarang bantuan bagi menguruskan mayat itu, lapor Reuters.

Kim Jong-nam dibunuh pada 13 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Siasatan polis mendapati dua wanita, masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, dituduh melakukan pembunuhan itu dengan menyapukan bahan kimia berbahaya ke muka Jong-nam.

Media semalam melaporkan, mayat Jong-nam dibawa keluar dari hospital untuk diterbangkan ke Beijing bagi urusan pengebumian.

The New Straits Times hari ini melaporkan mayat Jong-nam dijangka diterbangkan dari Beijing ke Korea Utara, tanpa mendedahkan sumber maklumat diperoleh.

Lihat Komen
ADS