Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin melahirkan kebimbangan berhubung jawapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa sindiket penjualan bayi memang wujud di negara ini.

"Jawapan menteri telah membuktikan bahawa sindiket penjualan bayi memang wujud. Ini sangat membimbangkan.

“Nasib bayi boleh dijual beli dan ini adalah satu jenayah yang sangat serius,” katanya kepada pemberita di dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Stesen televisyen Al-Jazeera sebelum ini melaporkan wujud aktiviti pemerdagangan bayi di negara.

Malah, dalam laporan bertajuk ‘Malaysia: Babies for Sale-101-East’ itu juga mendakwa Malaysia adalah hab penjualan bayi.

Susulan laporan itu polis menyiasat kru produksi stesen televisyen berkenaan serta menjalankan siasatan selain menangkap mereka yang terlibat dalam sindiket tersebut.

Mengulas lanjut, Sim bagaimanapun berkata semua pihak kini harus fokus kepada masalah sebenar berdasarkan laporan yang dibuat beberapa NGO dan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF).

"Hari ini kerajaan membentangkan undang-undang akta jenayah kanak-kanak ini langkah yang baik untuk melengkapkan pelindungan kanak-kanak dari bayi sehingga dewasa.

"Saya menyeru kerajaan menyemak semula undang-undang pengambilan anak angkat," katanya.

Pada 30 November dan 3 Disember lalu, polis telah menangkap seramai lapan orang untuk membantu siasatan berhubung sindiket penjualan bayi.

Hasil soal siasat yang dijalankan juga mendapati bahawa aktiviti penjualan bayi tersebut bermula sejak tahun 2012 hingga September 2016.

Harga yang dikenakan terhadap individu yang berminat adalah sekitar RM3,500 hingga RM6,700.

Lihat Komen
ADS