Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan batal larangan ke atas PPS
Diterbitkan:  Mar 28, 2017 4:33 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan larangan Kementerian Dalam Negeri yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) sebuah organisasi haram.

Panel tiga anggota itu sebulat suara mengketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 November tahun lalu yang mengekalkan larangan Kementerian Dalam Negeri.

Panel hakim hari ini diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, dan dianggotai oleh Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Mahkamah juga memerintahkan semua bahan yang dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri itu dikembalikan kepada organisasi berkenaan.

Pada perarakan perarakan hari kebangsaan pada 31 Ogos 2014, polis menangkap 157 anggota PPS dan merampas semua asetnya.

Kerajaan negeri DAP Pulau Pinang kemudiannya memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membatalkan perintah KDN yang mengisytiharkan PPS negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden dan antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan, lambang, senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.

Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Hadhariah Syed Ismail menolak permohonan itu atas alasan bahawa PPS tidak berdaftar mengikut Seksyen 101 (b) (5) Akta Kerajaan Tempatan yang memerlukan sesebuah pertubuhan itu didaftarkan.

Beliau berkata, seksyen itu hendaklah dibaca bersama Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 bahawa sesebuah pertubuhan perlu mendaftar di bawahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS