Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tak tutup 30 pejabat kedutaan M'sia
Diterbitkan:  Mar 28, 2017 9:15 PM
Dikemaskini: 1:22 PM

Kerajaan tidak akan menutup 30 pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara seperti yang didakwa pihak tertentu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini.

Beliau berkata kesemua pejabat kedutaan itu penting bagi memastikan dasar luar dengan negara-negara berkenaan terus terpelihara.

Pada masa ini, katanya, Malaysia mempunyai 108 pejabat kedutaan di luar negara yang jumlahnya lebih rendah berbanding Indonesia dan Thailand.

"Kerajaan sentiasa melakukan kajian berkala berkaitan keperluan pejabat kedutaan.

"Walaupun ada negara kita lihat keperluan (pejabat kedutaan) tidak ada, tetapi duta akreditasi perlu ada bagi memastikan dasar hubungan luar dengan negara tersebut tetap terpelihara," katanya pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 di peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Terdahulu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Amanah-Kuala Terengganu) ketika perbahasan rang undang-undang itu mendakwa terdapatnya cadangan kerajaan untuk menutup 30 pejabat kedutaannya di luar negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS