Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa semua guru memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya mereka dan tidak mencampuri hal ehwal politik.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata sebagai seorang pendidik mereka sepatutnya mengajar dan tidak terlibat dalam politik.

"Hal politik biarkan kepada orang politik. Kita adalah guru, jadi sepatutnya mengajarlah.

"Kita tak sepatutnya terlibat dalam politik, baru baik untuk negara," katanya kepada Malaysiakini.

Tan sebelum itu diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid yang menggesa supaya guru aktif berkempen mengutuk kerajaan meletakkan jawatan.

Semalam juga Mahadzir menyatakan lima guru diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Pendidikan berikutan didakwa aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang.

Kata beliau, proses seterusnya akan diambil oleh pihak tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mahdzir bagaimanapun tidak mendedahkan identiti, sekolah dan negeri kelima-lima guru berkenaan berkhidmat.

Bagaimanapun tindakan itu dikecam sesetengah pihak kerana menganggap ia melanggar hak demokratik seseorang guru

Tan sebaliknya tidak berpendapat begitu.

"Kita adalah kakitanan kerajaan. Mana-mana kerajaan yang ada mentadbir negara, kita mesti menjalankan dasarnya," katanya.

Sementara itu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut mempertahankan Mahadzir.

Bercakap kepada Malaysiakini, presidennya, Datuk Azih Muda, berkata sebagai penjawat awam jika seseorang itu bertindak bertentangan dengan perintah am, mereka boleh diambil tindakan.

"Ini bukan soal politik, ini soal kerajaan.

"Maknanya, kita nak menasihatkan kakitangan awam supaya sentiasa berwaspa, pastikan tindakan itu tidak dianggap sebagai melanggar peraturan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS