Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 4 juta belum daftar sebagai pengundi
Diterbitkan:  Mar 29, 2017 6:20 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

PARLIMEN Lebih empat juta rakyat Malaysia yang layak mendaftar sebagai pengundi masih belum berbuat demikian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi berdasarkan daftar pemilih bagi suku ketiga 2016 adalah seramai 4,060,339 orang.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen hari ini ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye (PKR).

Walaupun pengundi tidak berdaftar melibatkan jumlah yang besar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menolak untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik.

Pengerusi SPR,  Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, masalah akan wujud jika sistem baru itu dilaksanakan dan suruhanjaya itu tidak mahu dipersalahkan.

Bagaimanapun, kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH mengkritik SPR kerana enggan menunaikan kewajipannya.

Pembangkang juga menuduh SPR cuba menggagalkan usaha mereka untuk mendaftarkan pengundi baru.

Lihat Komen
ADS