Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PARLIMEN l Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mendakwa terdapat ahli parlimen yang memiliki kelayakan akademik palsu, termasuk ijazah sarjana dan kedoktoran.

“Ada YB yang duduk di dalam dewan ini, yang mempunyai ijazah palsu, bukan saja PhD (doktor falsafah) tapi di tahap Master (sarjana) juga," katanya tanpa menamakan ahli parlimen berkenaan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, pemimpin DAP itu mencabar mereka yang memegang ijazah doktor falsafah membuktikan bahawa kelayakan mereka adalah tulen.

“(Buktikan) bukan dari ijazah kilang dan ini akan meberi satu impression yang sangat baik kepada semua rakayat Malaysia bahawa kita sebagi ahli parlimen tidak boleh guna ijazah palsu sebagai cara untuk dapat PhD,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching (BN-Tawau) bersetuju dengan Ong dan berkata isu itu berkaitan dengan akademik.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti bahawa terdapat individu yang mempunyai kelayakan akademik palsu untuk membuat laporan supaya kementeriannya dan polis boleh mengambil tindakan.

“Memang saya juga bersetuju dengan komen YB tadi tentang isu berkaitan dengan integriti akademik.

“Kami tidak setuju pihak tertentu menggunakan gelaran ‘Doktor’ sekiranya tidak dapat PhD.

“Untuk dapatkan PhD ambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun, sekiranya ada pihak tertentu dapat PhD (dalam) sepuluh bulan, memang kita tahu itu PhD palsu,” katanya.

Mengulas jawapan itu, Ong mencelah dan berkata, "Saya akan beri bukti."

Sementara itu, ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) yang ingin tahu langkah dan tindakan diambil kerajaan bagi memastikan kes-kes kelulusan akademik palsu, Yap berkata, satu sistem pangkalan data mengandungi senarai pemegang PhD yang sah daripada universiti awam dalam negara sedang dibangunkan.

Katanya, tindakan itu adalah sebagai antara inisiatif kementerian mengekang penyalahgunaan gelaran doktor falsafah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Senarai ini akan membolehkan orang awam menyemak status Phd seseorang individu," katanya.

Menurutnya, pangkalan data itu akan mengandungi maklumat mengenai pemegang Phd merangkumi nama, tempat dan bidang pengajian, tajuk thesis serta tahun graduasi penerima.

Selain itu, beliau berkata kementerian turut bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta polis dalam kes salahguna gelaran doktor sehingga menyebabkan kerugian ke atas pihak lain.

"Kementerian juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan menyemak status sijil individu melalui Agensi Kelayakan Malaysia, sekiranya melibatkan institusi di Malaysia.

"Sekiranya institusi luar negara, ia hanya boleh menyemak dengan pihak berkuasa universiti-universiti negara berkenaan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS