Siti ancam saman pembuli

   

Peguam, Siti Kasim, mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang "membuli dan memfitnah" dirinya berkaitan isu kewujudan tuhan.

Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam terbabit untuk diambil keterangannya.

Melalui status dikemas kini di Facebooknya malam tadi, Siti berkata, dia mendapati "pelik" kerana tidak dihubungi berkaitan hal berkenaan.

"Mereka nak panggil saya sebab apa? Berdasarkan seorang bloger bodoh yang mereka cipta cerita untuk apa saja alasan dan memusingnya supaya saya seolah-olah mencipta tuhan baru?

"Hanya orang sakit jiwa akan benar-benar percaya kekarutan ini. Pergi semak temu bual penuh sebelum mengganggu saya," katanya.

Menurut Siti, dia tidak teragak-agak untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan undang-undang ke atas sesiapa yang cuba membui dan memfitnahya.

Semalam, Asyraf berkata, jabatan agama Islam negeri boleh mengambil tindakan ke atas Siti jika dia didapati melanggar undang-undang.

Jakim, tambahnya, akan membincangkan kenyataan dibuat Siti mengenai kewujudan tuhan dalam laporan media berbahasa Cina baru-baru ini.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda