Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia disebabkan kemampuan pimpinan negara menguruskan rakyatnya yang datang dari kalangan kaum dan agama yang berbeza.

Najib berkata, malah bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memuji Malaysia sebagai moden dan progresif walaupun mempunyai latar belakang pelbagai kaum dan agama.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Najib menegaskan, perpaduan menjadi kekuatan negara sejak mencapai kemerdekaan.

"Kita menyaksikan banyak negara musnah akibat...konflik sementara di Malaysia, kita (terus hidup) dengan aman dan damai.

"Ini kerana pimpinan negara mampu mengurus kepelbagaian sehingga diiktiraf dan dihormati oleh banyak negara lain dan dirujuk sebagai salah satu daripada negara model yang mampu mengekalkan perpaduan dan kestabilan," jelasnya.

Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun) yang bertanya jika negara telah mencapai perpaduan yang tulen dan petunjuk mengenainya.

Najib kemudian memetik kenyataan ahli akademik Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang menyifatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza dalam keadaan 'ketegangan yang stabil'.

[Baca berita penuh]