Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syarikat M'sia, India meterai janji niaga RM159 bilion

Syarikat Malaysia dan India hari ini memeterai janji niaga, yang dianggarkan bernilai AS$36 bilion (RM158.68 bilion), dalam usaha untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dan pelaburan antara
kedua-dua negara.

Daripada jumlah itu projek bernilai AS$32.13 bilion akan dilaksanakan di
Malaysia manakala projek bernilai AS$3.86 bilion dilaksanakan di India.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyaksikan pertukaran 31 memorandum perniagaan semasa satu Majlis Makan Tengah Hari Perniagaan.

Ia berkaitan dengan pembinaan pelabuhan, pembinaan lebuh raya, loji kuasa solar, pembangunan bandar pintar dan taman teknologi, projek terminal pengegasan semula, pembangunan minyak kelapan dan sawit dan pendidikan pengajian tinggi.

Antara memorandum persefahaman penting termasuklah pembangunan Projek Pelabuhan Pulau Carey dan bandar maritim bersepadu di Selangor yang bernilai kira-kira AS$32 bilion.

Memorandum Perniagaan kepada Perniagaan Malaysia-India terdiri daripada:

1. Pembangunan usaha sama Projek Pelabuhan Pulau Carey di Selangor antara MMC Port Holdings Sdn Bhd (Malaysia) dan Adani Ports & Special Economic Zone Limited (India)

2. Pembangunan bandar maritim bersepadu bagi cadangan Projek Pelabuhan Pulau Carey di Selangor antara MMC Port Holdings Sdn Bhd & Sime Darby Property Berhad (Malaysia) dengan Adani Ports and Special Economic Zone Limited (India)

3. Projek Loji Kuasa Solar Terapung yang akan dipasang di Empangan Jana Kuasa Hidro Malaysia oleh Mutiara Etnik Sdn Bhd (Malaysia) dan Vatsaa Energy Pvt. Ltd (India)

4. Pembuatan, pengedaran, jualan, import dan eksport produk farmaseutikal dan perubatan antara Duopharma (M) Sdn Bhd, anak syarikat CCM Pharmaceutical Sdn Bhd and Natco Pharma Limited.

5. Memasar dan membekalkan produk Samtel Avionics ke pasaran Malaysia antara HPC Global Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Samtel Avionics Limited (India).

6. Mendapatkan produk berkualiti halal mencukupi untuk dihasilkan di Taman Halal ECER bagi pasaran Malaysia dan global antara Lotus Global Foods Sdn Bhd (Malaysia) dan Mirha Exports Pvt. Ltd (India)

7. Kerjasama pembangunan latihan antara Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PMSB) & ISDC (Malaysia) dan Interactive Institute of Job-Skills Pvt. Ltd. (India)

8. Projek Bangalore SMART City antara SkyBlue Media Sdn Bhd & PSL Venture Sdn Bhd & Drachen Welle Engineering Sdn Bhd (Malaysia) dan Bruhat Bengaluru Mahanagara Palike

9. Pengembangan Perniagaan di India antara Ingress Industrial (Malaysia) Sdn Bhd dan Sunvisors (India) Pvt. Ltd.

10. Menyediakan perkhidmatan pendidikan tinggi di peringkat Doktor Falsafah, Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda antara Binary University dan Loyola Institute of Business Administration Chennai

11. Projek Perumahan Lestari di India antara CIDB Holdings & NSL
Infratech Private Limited

12. Projek Lebuh Raya di India antara CIDB Holdings & MEP Infrastructure Developers Limited

13. Projek Rawatan Teknologi Air dan Air Sisa antara CIDB Holdings dan VA Tech Wabag Limited

14. Projek Pinggir Sungai Yamuna di Delhi antara CIDB Holdings dan National Buildings Construction Corporation Ltd. (NBCC)

15. Pembinaan dan pembangunan projek prasarana mega antara CIDB Holdings dan Jaiprakash Associates Limited

16. Operasi dan penyenggaraan jana kuasa di India antara TNB Repair &
Maintenance Sdn Bhd dan GMR Energy Limited

17. Projek terminal pengegasan semula dan simpanan terapung di Kakinada, Andhra Pradesh antara Isomeric Holdings Sdn Bhd dan Andhra Pradesh Gas Distribution Corporation

18. Membekalkan dan mengedarkan minyak sawit ke India antara Felda Global Venture Holding Berhad dan Trimex Industries

19. Memasarkan dan membekalkan produk Hyrax Oil ke pasaran India antara Hyrax Oil Sdn Bhd dan Lexicon

20. Pembangunan kilang Urea/Baja di Andhra Pradesh antara Isomeric
Holdings Sdn Bhd dan VBC Fertilisers

21. Pertukaran hak filem antara Nation Film Studio & FITA Studio dan Modern Media Digitech India

22. Projek prasarana kereta api antara CIDB Holdings dan IRCON

23. Meneroka produk kualiti premium India yang menumpukan kepada e-pasaran antara Aladdin Group Sdn Bhd dan Verified Online

24. Membangunkan pelbagai pusat konvensyen pelbagai di seluruh India antara MRCB dan Adani Realty

25. Membina Kilang Memproses Kelapa di Bagan Datuk, Perak, antara GMIND Sdn Bhd (Malaysia) & Mezhukkattil Mills (India)

26. Mempromosikan manfaat kesihatan dan nutrisi minyak sawit kepada pengguna antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Mumbai Dabbawala Association (MDA)

27. Membangunkan dan menggunakan minyak sawit Malaysia antara MPOC dan Solvent Extractors’ Association of India (SEA)

28. Menggalakkan pembangunan dan penggunaan minyak sawit Malaysia antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)d an Association of Food Scientists and Technologists (India) - Mumbai Chapter

29. Menggalakkan dan membangunkan hubungan ekonomi dua hala antara Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) dengan Associated Chambers of Commerce and Industry (ASSOCHAM) di India

30. Bertukar-tukar pengalaman profesional berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan kepada perniagaan antara MAICCI dan Confederation of Indian Industry (CII)

31. Kerjasama bagi mengukuhkan kerjasama serantau dan meningkatkan integrasi ekonomi antara MAICCI dan Federation of Indian Chambers of Commerce and Industry (FICCI)

-Bernama

Lihat Komen
ADS