Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Parti Parti Bebas Rasuah yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas senator Datuk Ezam Mohd Nor hari ini menghantar permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan membawa perkara itu pada mesyuarat sekretariat HARAPAN yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Petang ini kami akan menerima surat permohonan sertai Pakatan Harapan... Kita akan bawa ke majlis presiden, tapi pertamanya kita akan bawa ke majlis sekretariat Pakatan Harapan (dahulu),” katanya pada sidang media di Pejabat Pembangkang di Parlimen hari ini.

Fahmi yang juga ahli sekretariat HARAPAN turut berkata bahawa pihaknya membuka ruang kepada parti lain yang mempunyai dasar perjuangan yang sama demi menyelamatkan Malaysia.

Sementara itu, Khairudin dalam kunjungan tersebut berkata bahawa beliau meletakkan harapan yang tinggi supaya Majlis Presiden HARAPAN membuat pertimbangan sewajarnya supaya mereka dapat menyertai gabungan berkenaan.

Khairudin ketika disoal sama ada akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berkata beliau akur dengan sebarang keputusan yang diputuskan oleh HARAPAN.

“Masalah nak bertanding atau tak, masalah lain. Apapun kita kena akur dengan majlis presiden HARAPAN.

“Andai kata mereka beri kerusi untuk bertanding, alhamdulillah kita terima dan andai kata kami tak diberi sebarang kerusi, kita terima dengan hati yang terbuka.

“(Tapi) matlamat perjuangan kami nak tumbangkan kerajaan kletopkrasi yang ditunjang oleh Umno-BN,” katanya.

Lihat Komen
ADS