Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pegawai khas Mukhriz mohon permit debat
Diterbitkan:  Apr 4, 2017 6:42 PM
Dikemaskini: 2:34 PM

Bekas pegawai khas politik kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini menyerahkan borang bagi memohon permit untuk berdebat dengan bekas majikannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Haris Che Mat ditemani seorang rakannya menyerahkan borang tersebut di bahagian pengurusan pentadbiran IPD itu pada 2.30 petang ini.

"Dalam permohonan itu saya telah memaklumkan pada Sabtu ini (8 April) debat akan diadakan. Saya serah borang hari ini sebab saya baru pulih dari rawatan batu karang.

"Saya juga cadangkan lagi satu tarikh iaitu pada 15 April kerana mengikut peraturan pihak penganjur hendaklah membuat permohonan (permit) kepada pegawai polis daerah dalam masa 10 hari sebelum program bermula," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Pada 23 Mac lalu, Haris mencabar bekas majikannya yang kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berdebat mengenai punca kekayaan dimilikinya yang didakwa mencecah berbilion ringgit.

- Bernama

Lihat Komen
ADS