Annuar keluar IJN
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, hari ini.
Pegawai khasnya, Mohd Fadhil Yusof, berkata Annuar dibenarkan pulang kira-kira jam 4.30 petang tadi selepas tiga hari mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan.
"Alhamdulillah Tan Sri sudah dibenarkan keluar dan akan menjalani pemeriksaan biasa dua minggu lagi.
"Terima kasih atas doa dan bantuan daripada pelbagai pihak," katanya seperti dilaporkan BH Online.
Kata Fadhil, buat masa ini Annuar akan berhat di rumahnya di Kuala Lumpur.
Anggota parlimen Ketereh itu pada awalnya dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan pada 1 April lalu selepas mengalami sakit dada dan muntah-muntah.
Beliau kemudian menjalani rawatan susulan di IJN sejak Isnin lalu.

