Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah putuskan juruterbang bersalah merogol pada 1996
Diterbitkan:  Apr 12, 2017 3:27 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

GLOBAL l Seorang juruterbang syarikat penerbangan komersial Malaysia telah didapati bersalah kerana merogol di Australia pada tahun 1996, apabila dia adalah seorang pelajar di sana.

Alfred Gerard Eravelly, kini 50, didapati bersalah atas lima tuduhan, termasuk penembusan seksual tanpa kerelaan dan pecah rumah.

Eravelly didakwa mengancam mangsa dengan pisau semasa serangan.

Dia ditangkap selepas ke Sydney tahun lalu dan dihantar ke Perth untuk dibicarakan di Mahkamah Daerah Australia Barat.

Perbicaraan berlangsung selama enam hari. Hakim akan menjatuhkan hukumannya pada 22 Jun.

Menurut laporan media, Eravelly memecah masuk ke rumah mangsa pada tahun 1996. Dia kemudian mengikat mangsa dan menyerangnya secara seksual serta meninggalkan DNA beliau.

DNA itu dianalisis dan ini membawa kepada penangkapannya.

Akhbar Australia Barat, Perth Now melaporkan bahawa pendakwa raya Sean Dworcan dalam hujah pembukaannya di mahkamah minggu lalu berkata Eravelly tinggal kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

Dworcan berkata Eravelly sentiasa mengintip mangsanya melalui tingkap. Bagaimanapun, tertuduh mendakwa beliau berkenalan dengan perempuan itu dan kemudian mengikatnya sebagai sebahagian daripada hubungan seks suka sama suka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS