Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan tarik balik cukai eksais ke atas MPV
Diterbitkan:  Apr 14, 2017 5:44 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Kerajaan menarik balik keputusan kontroversi untuk meningkatkan kadar cukai eksais ke atas kenderaan pelbagai guna (MPV) tertentu.

Menurut Akta Eksais 1976 dalam Perintah Duti Eksais 2017 yang disiarkan Warta Kerajaan Persekutuan, kadar cukai eksais bagi kenderaan MPV dengan kapasiti silinder di atas 1,000cc tetapi di bawah 1,500cc akan kembali kepada 60 peratus.

Perintah itu ditandatangani oleh Menteri Kewangan II Datuk Abdul Johari Ghani pada 12 April lalu dan berkuat kuasa semalam.

Kerajaan 31 Mac lalu yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan warta negara mengumumkan kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan van berkapasiti 1.5 liter ke bawah telah dinaikkan sebanyak lima peratus kepada 65 peratus.

Perintah itu berkuat kuasa 1 April.

Menurut portal automotif Paul Tan, antara kenderaan yang terlibat termasuk Toyota Sienta, Toyota Avanza, Nissan Grand Livina, Perodua Alza dan Proton Ertiga.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS