Serangan bom AS di Afghanistan, 36 terbunuh
Sekurang-kurangnya 36 militan Daesh terbunuh selepas tentera Amerika Syarikat mengugurkan bom terbesarnya di Afghanistan yang
mensasarkan wilayah Nangarhar di timur Afghanistan, kata Kementerian Pertahanan Afghanistan pada Jumaat lapor agensi berita China Xinhua.
Pada petang Khamis tentera AS menggugurkan GBU-43 atau 'Massive Ordnance Air Blast (MOAB)' bom, bom besar bukan nuklear di kompleks milik Daesh di daerah Achin dalam Wilayah Nangahar bersempadan dengan Pakistan.
"Serangan itu memusnahkan ibu pejabat Daesh, tiga tempat persembunyian, kubu, terowong serta sejumlah besar senjata dan peluru," kata Kementerian Pertahanan Afghanistan dalam kenyataan.
Tiada orang awam dilaporkan cedera dalam serangan itu.
Serangan dilancarkan bagi mengurangkan risiko kepada pasukan Afghanistan dan AS yang sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sambil memaksimumkan kemusnahan terhadap pejuang dan kemudahan Daesh.
"Tentera AS telah mengambil semua langkah berjaga-jaga mengelakkan orang awam menjadi korban. Tentera AS akan meneruskan serangan sehingga ISIS-K (IS-Daesh) dimusnahkan di Afghanistan," katanya.
Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani menyambut baik serangan ke atas tempat persembunyian militan Daesh.
- Bernama

