Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hormat orang tua, tapi jangan mulut celupar - Najib

Masyarakat yang memiliki budaya tinggi harus menghormati orang yang lebih tua, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apa pengertian budaya tinggi? Masyarakat yang tidak mengamalkan budaya tinggi, sikap dan sifat seperti tidak menghormati golongan yang lebih tua..

"Walaupun yang tua itu mulut jangan terlalu celupar..," kata Najib ketika berucap di Kongres Kebudayaan 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Ucapan Najib itu disambut deraian ketawa dan tepukan dari orang ramai.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi pengkritik Najib sejak 2015.

Tokoh berusia 91 tahun itu keluar dari Umno tahun lepas dan membentuk sebuah parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama beberapa bekas pemimpin Umno lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS