Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adam jalankan tugas dengan integriti, kata PKR Ampang
Diterbitkan:  Apr 16, 2017 8:43 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Ketua Pemuda PKR (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas menjalankan tugasnya dalam parti itu dengan penuh integriti, kata PKR Ampang.

"Datuk Adam telah menjalankan tugas sebagai ketua AMK dengan baik dan sentiasa memberi kerjasama kepada ahli parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin).

"Beliau juga adalah seorang yang berintegriti tinggi apabila menjalankan tugas sebagai ketua AMK Ampang," kata Setiausaha PKR Ampang, Sabri Abu Bakar dalam satu kenyataan.

Sabri juga menjelaskan bahawa Adam, 28, bukan pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali atau Zuraida seperti dilapor media sebelum ini.

Adam juga tidak pernah menjawat apa-apa jawatan lantikan politik seperti ahli majlis, ketua kampung dan sebagainya, kata Sabri yang menggesa SPRM menjalankan siasatan secara profesional.

"PKR Ampang memegang kepada prinsip undang-undang iaitu 'seseorang itu tidak bersalah sebelum beliau didapati bersalah'," katanya.

Adam yang memiliki gelaran 'datuk' pada usia muda ditahan oleh SPRM padaKhamis lalu selepas kenyataannya direkodkan.

Harta dimiliki Adam menjadi tumpuan akhir tahun lalu apabila Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos membawa wartawan menaiki helikopter untuk melihat pemandangan banglo istana miliknya.

Berikutan itu, Adam mendakwa beliau mampu membeli banglo berkenaan kerana dia merupakan seorang ahli perniagaan.

 

Lihat Komen
ADS