Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rakyat Palestin dalam penjara Israel mogok lapar
Diterbitkan:  Apr 17, 2017 7:02 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

GLOBAL Beratus-ratus rakyat Palestin dalam penjara Israel hari ini melancarkan mogok lapar bagi menuntut keadaan tahanan yang lebih baik.

Bantahan itu dilapor menjadi antara yang terbesar dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Kira-kira 700 tahanan terlibat dalam bantahan yang diumumkan pada hari Ahad, sempena Hari Banduan Palestin.

Mogok itu diketuai oleh Marwan Barghouti, tahanan berprofil tinggi yang dikaitkan dengan kumpulan Fatah.

Marwan dilihat berpotensi menjadi pengganti kepada presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Lihat Komen
ADS