Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Anak Hadi menang tanpa bertanding
Diterbitkan:  Apr 18, 2017 11:32 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

Pemuda PAS sah mendapat ketua baru apabila anak kepada presiden parti itu, Muhammad Khalil Abdul Hadi, disahkan menang tanpa bertanding hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan jawatankuasa yang mengendalikan pemilihan kali ini, tiada pencabar kepada Muhammad Khalil.

Setiausaha lembaga pemilihannya, Wan Rohimi Bin Wan Daud, berkata selepas tamat tempoh yang ditetapkan, dua jawatan lain dalam Pemuda PAS juga dimenangi tanpa bertanding.

Untuk jawatan timbalan ketua, ia dimenangi Khairil Nizam Khiruddin, manakala jawatan yang naib pula diisi tokoh dari Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Khairul Nizam sebelum ini ialah naib ketua pemuda, manakala Ahmad Fadhli dilantik sebagai ketua penerangan pergerakan itu.

Selepas mesyuarat kawasan berakhir, Khairil Nizam dan Ahmad Fadhli dicalonkan untuk jawatan ketua pemuda namun mereka menarik diri.

Ketua pemuda sebelum ini, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, tidak mempertahankan jawatan, sebaliknya dinamakan untuk mengisi salah satu tempat anggota Jawatankuasa Pusat PAS.

Sementara itu bagi Dewan Ulama Pusat PAS, semua jawatan pada pegerakan berkenaan - termasuk anggota jawatankuasa - diisi oleh tokoh yang menang tanpa bertanding.

Keadaan itu menyaksikan Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Datuk Dr Nik Zawawi Mohd Salleh dan Datuk Dr Johari Mat masing-masing terpilih sebagai ketua, timbalan dan naib ketua dewan ulama.

Bagi Dewan Muslimat Pusat PAS, tiga jawatan tertinggi pergerakan itu turut menyaksikan tiada pertandingan berlaku.

Nuridah Salleh dipilih sebagai ketua, Dr Rosni Adam menjadi timbalan dan Salamiah Mohd Noor menjadi naib ketua.

Sebelum ini Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah binti Mohd Yusoff, dicalonkan untuk bertanding merebut jawatan ketua dewan muslimat berkenaan.

Lihat Komen
ADS