Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Banyak tenaga dan masa polis sudah disia-siakan oleh aktivis sosial, Peter Chong, kata ketua polis negara.

Menurut Tan Sri Khalid Abu Bakar, tindakan Chong sebelum ini menyebabkan kegemparan di kalangan masyarakat, selain membakar perasaan orang ramai.

Bagaimanapun, kata Khalid, polis belum mengetahui mengapa Chong bertindak begitu.

"Kita nak tahulah, apa sebab dia buat begitu," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Chong yang pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada seorang anggota parlimen dilaporkan hilang kira-kira dua minggu lalu.

Kehilangan itu menimbulkan gempar kerana ada beberapa individu turut dilaporkan gagal dikesan sebelum itu.

Pelbagai teori dibincangkan mengenai kehilangan Chong.

Bagaimanapun siasatan segera polis menunjukkan dia dilihat menaiki bas menyeberangi sempadan negara memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam pada 7 April.

Pada 16 April lalu, Khalid mendedahkan Chong sudah kembali ke negara ini dari Pattaya.

Menurut Khalid, polis juga menghubungi pihak berkuasa di bandar berkenaan ekoran dakwaan Chong bahawa dia diculik ketika berada di Hatyai sebelum dibebaskan di Pattaya.

Bagaimanapun polis Hatyai semalam menyatakan mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai penculikan berkenaan.

Khalid juga enggan memberi komen mengenai kesahihan dakwaan Chong yang mendakwa dia ke negara jiran bagi mencari sebarang petunjuk mengenai paderi Raymond Koh yang dilaporkan diculik pada 13 Februari lalu.

Seorang lagi individu yang dilaporkan hilang sehingga kini ialah lelaki dikenali sebagai Joshua Hilmy serta seorang lelaki Perlis, Amri Che Mat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS