Seramai 296 orang warga Korea Utara menyerah diri kepada pihak berkuasa negara ini selepas kerajaan menguatkuasakan undang-undang baru visa susulan pertikaian berkaitan pembubuhan abang pemimpin negara itu Kim Jong-nam.

Malaysia telah membatalkan kemasukan tanpa visa untuk warga negara itu selepas pembubuhan Jong-nam di lapangan terbang di Sepang pada 13 Februari lalu, lapor Reuters.

Kesemua yang menyerah diri itu setelah tinggal lebih masa, termasuk 113 orang yang pemegang visa kerja dan 183 orang pemegang visa lawatan, menurut Jabatan Imigresen.

“Kesemua 286 warga Korea Utara telah dan akan meninggalkan negara ini secara berperingkat,” menurut kenyataan itu.

Kesemua mereka tinggal di Sarawak.

[Baca berita asal]