Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tinjauan: Sanders ahli politik paling popular di AS
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 1:22 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Senator Vermont, Bernie Sanders menerima undian tertinggi sebagai ahli politik paling popular di Amerika Syarikat (AS) dengan menerima 57 peratus undian, menurut satu tinjauan lapor agensi berita China Xinhua.

Sanders popular dalam kalangan pengundi berumur 18 hingga 34 tahun, yang memberi beliau 62 peratus undian. Beliau juga mempunyai sokongan majoriti daripada pengundi berusia lebih 50 tahun, menurut tinjauan terkini Harvard-Harris.

Selain itu, beliau adalah satu-satunya daripada 16 pegawai pentadbiran Trump atau pemimpin kongres termasuk dalam kaji selidik dan disenangi majoriti pengundi.

Sebaliknya, ketua strategi Rumah Putih Stephen Bannon menerima 16 peratus undian manakala 45 peratus lagi pengundi mempunyai pandangan negatif terhadap beliau, menurut data kajian diperolehi kumpulan berita theHill pada Selasa.

Ketua Dewan Minoriti Nancy Pelosi menerima 31 peratus undian positif dan 48 peratus lagi negatif manakala pemimpim Demokratik Senat Charles Schumer 27 peratus (positif) dan 35 peratus (negatif).

Di pihak Republikan pula, Presiden Donald Trump menerima 44 peratus (positif) dan 51 peratus (negatif).

Speaker Dewan Paul Ryan dengan 34 peratus (positif) dan 47 peratus (negatif).

Tinjauan dalam talian itu membabitkan 2,027 pengundi berdaftar dijalankan antara hari Jumaat dan Isnin.

Harvard-Harris dijalankan dengan kerjasama Pusat Pengajian Politik Harvard Amerika dan The Harris Poll.

- Bernama

Lihat Komen
ADS