Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco PKR sangkal pandangan PAS mengenai kekalahan Ahok

Beberapa pihak termasuk PAS tidak perlu tergesa-gesa membuat kesimpulan tanpa analisis mendalam mengenai kekalahan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok sebagai gabenor Jakarta, kata timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.

"Bukan semua disebabkan oleh faktor kaum atau agama.

"Ia mungkin menjadi salah satu sebab tetapi analisis mendalam menunjukkan bahawa Anies Baswedan memenangi pilihan raya kerana beliau berkempen di landasan prorakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Exco kesihatan dan pertanian yang juga ADUN Seberang Jaya itu berkata, calon yang menang memikirkan keperluan rakyat semasa berkempen tanpa mengeksploitasi isu kaum dan agama.

"Ahok kebanyakannya dilihat sebagai pro-pemaju dan dia kalah besar di kawasan yang terdapat pengusiran tidak bertanggungjawab, di mana penduduk kampung atau penduduk tidak dibayar dengan baik," katanya.

Sebelum pemilihan gabenor, Ahok dikritik kerana didakwa menghina Islam dan menerima bantahan besar-besaran oleh masyarakat Islam di Indonesia.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mengaitkan kemenangan bekas menteri Indonesia, Anies Baswedan dan regunya, Sandiaga Uno sebagai bukti bahawa umat Islam akan bertindak dan menolak seseorang pemimpin yang menghina Islam.

"Ini jelas menunjukkan signal kebangkitan Islam di sana. Apabila anda menghina agama Islam, jangan fikir umat Islam tidak akan bertindak menolak anda sebagai pemimpin," katanya.

Nasrudin mengaitkan perkara itu dengan sentiman umat Islam terhadap tindakan PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS