Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas ahli majlis mahu saman P Pinang kerana pecat 'tanpa sebab'
Diterbitkan:  Apr 22, 2017 9:39 PM
Dikemaskini: 1:52 PM

Seorang bekas ahli Majlis di Pulau Pinang, Noor Syazwani Mohd Amin sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri kerana menamatkan perkhidmatan beliau tanpa sebab yang munasabah.

Noor Syazwani, yang lebih dikenali sebagai Wani, berkata beliau tidak diberitahu secara rasmi mengapa dipecat serta-merta dari jawatannya Rabu lepas.

Beliau hanya mendapat tahu melalui laporan media bahawa telah dipecat selepas Majlis Bandaraya Pulau Pinang dikatakan menerima aduan mengenai "penyalahgunaan kuasa" yang didakwa dilakukannya.

"Jika ini adalah sebabnya, mengapa tidak dinyatakannya dalam surat penamatan tetapi tiada apa yang telah dinyatakan di situ, saya hanya diberitahu untuk berhenti serta-merta," kata Wani kepada Malaysiakini.

Wani mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang salah laku di pihaknya yang telah menyebabkan beliau kehilangan kerja.

"Jika benar ada aduan mengenai saya, maka berikanlah bukti. Saya yakin untuk berdepan dengan kenyataan," katanya.

"Saya tahu di mana saya berdiri, saya tahu hak saya dan saya tahu nilai saya,"katanya.

Jumaat lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Chow Kon Yeow berkata Wani ditamatkan perkhidmatan mengikut Seksyen 10 (4) Akta Kerajaan Tempatan.

Chow yang juga Ketua DAP Pulau Pinang,  dilaporkan memberitahu media Cina bahawa pemecatan Wani didakwa ada kaitan dengan aduan "penyalahgunaan kuasa" di kalangan peniaga kecil.

Wani berkata dia baru sahaja dilantik sebagai ahli majlis pada Januari tahun ini dan hampir tidak bekerja selama tiga bulan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS