Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MCA bahagian Taiping memohon maaf atas kesilapan dalam banner parti itu yang dinaikkan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di pejabatnya.

Banner tersebut, yang tertera kesalahan ejaan perkataan "pertabalan" Seri Paduka Baginda sebagai "perbatalan" dibawa turun pada pagi ini, seminggu selepas ia dipamerkan.

"Kita perlu memohon maaf kepada Seri Paduka Baginda atas kesilapan kami yang terlepas pandang. Kami setia kepada Seri Paduka Baginda dan negara," kata Ketua Bahagian MCA Taiping, Ang Sui Eng kepada Malaysiakini.

Beliau berkata, kesilapan itu berlaku kerana mereka tidak menyemak ejaan dengan sempurna ekoran terlalu sibuk dan ada banyak perkataan pada banner berkenaan.

"Kami telah menggunakan (agensi) pengiklanan dalam tempoh lima tahun yang lalu. Kami letakkan banner pada setiap sambutan dan perayaan, termasuk Hari Guru dan Hari Bapa. Ini adalah cara kami memperingatkan masyarakat mengenai perayaan."

Ang berkata, agensi pengiklanan itu sangat bertanggungjawab dan tiada masalah timbul sebelum ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS