Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga minyak turun tengah malam ini
Diterbitkan:  Apr 26, 2017 2:24 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

Berita agak baik untuk pengguna. Bermula malam ini harga minyak akan turun antara lima dan tujuh sen seliter.

Menurut akaun KPDNKK-Laman Rasmi di Facebook, harga runcit produk petroleum mulai 27 April hingga 3 Mei ini ialah RON97 (RM2.49 seliter), RON95 (RM2.21 seliter) dan diesel pula ialah RM2.14 seliter.

Ini bermakna RON97 turun lima sen, RON95 turun enam sen dan diesel turun tujuh sen.

Sebelum ini, Sin Chew Daily dan China Press melaporkan harga jualan runcit petrol RON95 dan RON97 akan berkurangan enam sen menjadikan harga terbaru bahan itu masing-masing RM2.21 dan RM2.48 seliter.

Bagi minyak diesel pula, ia mencatatkan penurunan tujuh sen menjadikan harga jualannya RM2.14 seliter.

Penetapan harga jualan petrol dan diesel dibuat secara mingguan sejak 1 April lalu berbanding secara bulanan sebelumnya.

Langkah itu dibuat bagi menyelaraskan harga bahan berkenaan dengan realiti pasaran di dunia.

Penurunan mulai tengah malam ini adalah yang pertama berlaku selepas ia meningkat untuk tiga minggu berturut-turut sejak mekanisme baru diperkenalkan.

Minggu lalu harga runcit RON95 naik tiga sen manakala RON97 meningkat dua sen, menyaksikan harga bahan itu masing-masing berada pada RM2.27 dan RM2.54 seliter.

Pada 6 April lalu RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen dan 2 sen seliter.

Lihat Komen
ADS